Saturday, August 28, 2010

Salam Ramadhan!

Assalammualaikum! Wahai para pembaca..
Salam ramadhan kepada semua umat islam seluruh dunia, amnya, dan semua masyarakat islam seluruh Malaysia, khususnya. :)

Huhu diam tak diam suda berapa bulan ku berhenti menaip dek kerana kesibukan perpindahan ku dari kl ke jb, dan juga kerna BB ku dipotong kerna apo laie, tak bayar 3bulan! Hehe ;P

terniat ku nak menaip semula dikala bulan puasa nih. Walau tak da internet di rumah, terpaksa ku post this from a CC near my house. Well what caught my attention to write back is because of, the variety of juadah buka puasa in Malaysia! Huhu mcm2 ado untuk disantap tika berbuka; nasi beriyani, ayam panggang, kuih muih, air kathira (nyum2!), dsb..inilah yang menarik minat ku untuk “menulis”..bermacam2 yang dijual, tapi di macam2 yang dijual tu, ada gerai yang menjual benda2 yang sama. Maksudku, kalau gerai ni ada jual nasi beriyani, selang 3 4 gerai ada jual gak nasi beriyani. Ku terbayang, mcm mana la mereka2 ni nk untung kalau dalam satu kawasan niaga tu, 4 5 gerai jual benda yang sama. Kenapa ku sibuk nk pikir? Sbb BAPAKu peniaga bazaar ramadhan juga. Kadang2 beliau ada merungut jugak kenapa jualan harian tidak seuntung jualan semalam atau sebaliknya.

Sambil beli tu sambil ku fikir, kalau aku ditempat bapak ku, mcm mana nak kaut untung lebih; how to attract customer to buy our product..
Some 2 things came out from my head, antaranya, Peniaga seharusnya memikirkan cara yang creative untuk memasarkan jualan mereka. Sebagai contoh, penah lihat ayam panggang dalam tempayan? Haa.. ku rasa ramai yg tak pernah lihat tp ia ada. Ia ayam panggang biasa namun ramai org beli sebab kebanyakan mereka kata ia unik..dan sedap! Kalau da unik tu sure org suka punya..dan sedap adalah suatu alasan semata.. jadi cara yang menarik pasti menambat hati para pembeli. Bayangkan kalau peniaga tu mcm busan je, tak attractive langsung, mcm suam2 je gitu, kan ke org mcm nak tak nak je beli..tah sedap ke tak kan..

Selain cara pemasaran jualan, peniaga juga seharusnya came out with a identity, a name ofcourse. Kalau jual kuih muih tu, taruk nama sket, atau re-branding setiap item tu, contoh kuih jenofer lopez ke, kuih karipap meletup ke, contoh… make it interesting to customer..kalau stakat open table, pastu taruk kuih muih atas tu, ku rasa xramai yg tertarik nak beli kut.. lain la kalau penjual tu seksi kea tau artist kan..

Tengok saja kalau mau diambil contoh, nasi beriyani batu pahat. Nasi beriyani gam (tah kenapa aku masih xtau kenapa mereka menggunakan nama gam..), Air kathira Abu Bakar, Otak2 kempas, dsb.. nama2 ni cukup fofular ni jb dan ku percaya di luar jb pun sama.. org nmpk je nama2 ni sure akan pikir ia SEDAP! Walau kdgn2 org main taram je nama tu..nasi beriyani batu pahat la apa la tp bila beli mcm biasa je kan..huhu taktik2..

Peniaga seharusnya memikirkan tentang 1st impression customer. Maksud ku para pembeli yang baru..new customer. Mereka ini lah yang akan memulakan Word Of Mouth yang akan disebarkan kepada kawan2 mereka. Peniaga sepatutnya memberikan sesuatu yang menarik untuk diingati; yang membuatkan customer tu datang balik ke gerai kita. Bagaimana? Meniaga dengan murah hati! Tp bagaimana pula ya..ok amik contoh yang ku alami ni, pada hari semalam ku beli roti jala di bazaar di BBU, 1st time beli kat bbu untuk ramadhan kali ni. pas buka ku makan, sedap! Dpt kuah sama daging sama kentang lagi..murah pun murah..rm2 utk 5 keping. Hari seterusnya, ku pegi lak bazaar di taman suria, saje jln2, dan ini, 1st time aku beli kat taman suria untuk ramadhan kali ni..punya la ramai org. sesak pun sesak. Kehendak ku pada hari tu untuk makan roti jala lagi. So pusing punya pusing dgn ramai orgnye, ku lalu di sebuah gerai jual roti jala, lalu kusamabar 1 bungkus, rm2 utk 5 keping. Lepas buka, ku makan, laa..cairnya kuahnye.. kosong lak tu.. xda daging ka ayam ka..kaki ayam pun jadik tp xda..kosong! ku berniat xkn lagi kubeli disitu..kira2 peniaga tu hilang satu customer (aku)..lalu ku teringat roti jala yg kubeli semalam ni BBU..lagi bagus ku beli kat situ je kalau ngidam lagi next time..haa secara xlangsung ku telah menjadi prospect customer untuk peniaga di bbu tu kerna kemudian hari ku akan beli dengan beliau lagi. Jadi nmpk tak, 1st impression is important. Treat your customer as if their 1st time coming to your gerai. And better believe if you’re good, they will come again tomorrow for sure..


Lagi satu point ni, berkait rapat gak dgn 1st impression..iaitu,,HARGA yang terpampang kat tanda harga sesebuah gerai tu. mak aih kadang2 tu ku tgk peniaga ni jual makanan untuk org kaya je kut,,mahal sngt! Sbg contoh, penah tgk nasi beriyani rm8? Haa hamik ko..rm8 hinggit tuu.. kalau beli 3 bungkus, rm24..mak ai. Pada ku mmg mahal. Tak tau la kalau ada org akan kate, eleh rm8 je pun nk kecoh..aku bukan org senang. Series aku ckp dlm sebaris gerai yg jual nasi beriyani 8hinggit tu, ada org jual nasi beriyani 5.50 , rm6..dan aku rasa jauh lebih sodap dari yg 8 hinggit tu. kalau anda da berpose, semua rasa sedap betul x.. karipap biasa inti kentang tu pun bule habis 5 6 keping dek sbb lapo berpuasa. Pada aku la, tgk je harga dia rm8, trus ku slumber berpaling ke gerai lain. Mahal naa. Walau aku xpnah cuba tp bayangkan, disebabkan harga yg mahal tu, terbatas ku nak beli. Cancel nk try ke ape ke kan. Letak la 6 hinggit ke ape, bukan mati pun kalau rugi bape posen dlm 1 bungkus tu. aku pasti ramai akan try punya. Kalau meniaga ni nak kaut untung lebih2 pun xboleh jugak. Cuba la meniaga dgn niat ikhlas. Kalau yang lebih2 tu consider saja sedekah. insyaAllah diberkati dan insyaAllah pulangangya, masyaAllah..meniaga dengan berkat kan.. :)


Huhu so inilah cebisan pendapat tak seberapa tu, mane tau kalau2 ada kawan2 ku nak meniaga lak nanti kan.

Selamat membaca! Dan selamat berpuasa!

UA

Sekitar bazar di Johor Bahru.. :)