Ada rasa gembira, sedih, kecewa dan pelbagai rasa yang kadang kala kita pun susah nak cakap atau gambar kan sebab kita saja yang mengalami RASA itu sendiri. DAN, aku juga tak lari dari pelbagai rasa, sesal, duka, lara gembira segala. Tapi apa yang aku pikirkan, sesal paling susah nak hilang dari apa yang kita pikirkan. SESAL, yeah, banyak sesalan yang aku alami selama 23 tahun aku lahir dalam idup ini.
Dan aku tidak bercerita sesal tentang cinta, tapi banyak kearah kehidupan. Aku banyak sesal akan apa yang telah aku buat, pilih, atau abaikan dalam hidup. Kenapa perlu sesal? Aku rasa kita hanya manusia yang kadang2 salah buat pertuturan dalam kehidupan seharian. Hanya dengan satu pilihan, pilihan salah; aku banyak menyesal dalam hidup. Dan sesalan ini akan berlanjutan hingga ke nafas terakhir.
Aku terfikir mcm mana nak lari dari sesalan. Hah, memang takda jalan untuk lari dari sesalan. Sebab aku fikir yang kita hanya manusia biasa fakir dan tak lari dari membuat keputusan. Antara A & B, aku memilih A. Dan kalau A bukan lagi pilihan, aku akan menyesal kerna tidak memilih B; vice versa. Tapi aku tidak berbicara hal ini tentang cinta; tapi banyak kepada pilihan dalam kehidupan. Kenapa aku pilih berhenti kenapa aku tak pilih teruskan, kenapa aku pilih ini dan bukan yang itu, kenapa aku pilih kiri dan bukan yang kanan, kenapa aku pilih disini dan bukan berada disana.
Tapi keputusan berkait rapat dengan situasi atau keadaan. Ia bersandarkan keadaan kita memilih ntuk memilih yang itu dan bukan dengan yang ini. Keadaan @ situasi memainkan peranan dalam membuat keputusan. dan keputusan tidak mengira tentang keadaan yang kita alami. Keadaan pula kita tak boleh pilih dalam memilih keputusan. haishh.
Keputusan! Its common. And common isn’t a good thing. Decision oh Decision. Doh-oh. ~_~
-mood sekarang: aku nyesal berhenti degree haritu. sekarang kawan2 degree tengah sibuk nak konvo. aku duk tgk je lah. oh menyesal! -
No comments:
Post a Comment