Sunday, August 2, 2009

Kewarasan Menguji keEgoan dan Kecekapan Otak Berfungsi

BODOH!



Itu ungkapan yang sesuai bagi penunjuk perasaan yang berlaku pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur. Sangat bodoh sampai terpaksa menggunakan kekerasan bagi menunjukan sikap protes mereka terhadap akta hasutan Malaysian (ISA). Lihat saja dimuka-muka akhbar malah di internet, muka yang penuh2 kemarahan, kebencian, menentang pihak polis bagi memberi mereka kebenaran untuk menyampaikan memorandum kepada istana.

Pada pendapat aku, tidak seharusnya berkelakuan begini; menunjuk perasaan secara radikal lalu memberi laluan kepada kekerasan yang pada umumnya, akan mencemarkan nama baik Malaysia sendiri. Aku bukan bercakap tentang diri aku, menyokong ISA atau tidak, tapi aku mempersoalkan credibility serta kewarasan pemikiran orang-orang yang memprotes yang telah mengakibatkan kekerasan.

Tidak seharusnya kita perlu menunjuk perasaan secara begitu; dan tidak seharusnya kita adakan “Majlis Protes Ramai2”. Negara kita mempunyai pelbagai saluran2 yang membolehkan ini berlaku tanpa sebarang kekerasan.
Kita harus fikir tentang kebaikan memprotes ini: baik dan buruknya..Bukan ikut sedap ego masing2.

Pada Pendapat aku, protes2 memprotes yang mewujudkan kekerasan ini boleh diatasi jika OTAK itu dipakai dengan betul. Solusi2 seperti mengkaji semula akta ini, memberikan alasan & bukti kukuh bagi meminda akta hasutan negara, dan menggunakan saluran-saluran yang betul bagi meluahakan buah pemikiran; bukan meluahkan keegoan yang BODOH itu. Kaji akta hasutan yang dipakai oleh Negara lain, dan bentangkan nya. Sedia point2 yang boleh menyangkal idea2 ISA. ADAKAh itu susah? Saya percaya di antara golongan pemprotes ini, ada golongan2 yang cendikiawan.

Seharusnya orang yang pandai itu patut membimbing dan memberi nasihat tentang baik&buruk sesuatu tindakan itu. Bukan menggalakannya sesuatu yang biased. Bukan kah mereka terdiri dari golongan yang pandai2? Atau mereka hanya pandai pada mulut tapi hakiki nya siapa yang tahu?
Disini bukan aku mahu menunding jari menyalahkan En itu atau Pn ini, tapi aku “memprotes” protes bodoh yang dilakukan oleh mereka2 yang tertinggal otak mereka dirumah.

Maaf kalau ada yang tersinggung tapi fikirkan lah. Keganasan tidak membawa kita kemana. Fikirkan lah. It’s just shows your stupidity, ignorance and egoistic. And its shows you “it’s okay to protest violently”..kalau orang lain protes bagaimana? Anda tentu marah & bingit kalau ade puak lain yang memprotes..sejujurnya..pikirkan lah..

I’m anti violence, anti corruption, anti protest, anti politics, anti menyusahkan orang ramai.

2 comments:

  1. mak ai.. ayat dye...
    ble wt refleksi n reflektif ntok sy la cmni
    ngehh~

    ReplyDelete
  2. huhu yang cuba disampaikan bkn cara ayat saya..tp buah pemikiran yang harus dikongsi bersama.

    *maaf pada kesilapan typing error :)

    ReplyDelete